Sabtu, 14 Agustus 2010

9 Jenis Anak Setan Menurut Umar Al-Khattab R. A

0 komentar

  1. Zalituun, Duduk di pasar/kedai supaya manusia kehilangan sifat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
  2. Wathiin, Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya berprasangka buruk terhadap Allah.
  3. A'awan, Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Bernafsu dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mau mendengar nasihat para ulama.
  4. Haffaf, Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
  5. Murrah, Merusakkan dan melalaikan ahli dan orang yg suka musik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
  6. Masuud, Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yang berasal dari kata-kata mulut.
  7. Daasim, (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
  8. Walahaan, Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudlu dan solat dan ibadat-ibadat kita yg lain.
  9. Lakhuus, Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

0 komentar:

Posting Komentar